NUFFNANG

Wednesday, February 17, 2010

abah dan mak berwasiat kepada anaknya

Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa
"penebus rasa bersalah"
anak-anak.

Maksudnya begini:


Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab
mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang
tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia
yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak,
isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah
"tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah
untuk kembali kepadaNya... ..

(sebenarnya tak ade kematian yang mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian
itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya. ...
"tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup!
Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan
"aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)...

Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak
kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah
perkara-perkara seperti berikut:

1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam
(anak tidak pulak
membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)


2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat
("mak/abah memang
patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"...)


3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur
("aku sayangkan mak/abah"...
walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan! )



4. cetak kitab Yaasin
(siap tulis kat kulit depan "sempena kematian
ibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan
masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin


5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil
(maklum lah,
anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih
berkat"....)


6. buat pelbagai kenduri
"hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....."
kematian ibubapa


7. sedekah pisang kat masjid......

8.. buat upah umrah setiap tahun
(walhal dulu semasa hayat mereka,
langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan
umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)



Selepas itu boleh lah si anak  tidur lena dan sempat pula membidas adik
beradik lain dengan berkata,
"aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada
bapak/mak. Kau tak buat ke?"


Abah panggil semua ini sebagai
"sindrom penebus rasa bersalah"- kerana "
dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi
aku tak bersalah lagi!".....


Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat
di sini,
TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah  membuat pelbagai
justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah
.... . memadai lah
diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "
Ya
Allah, ampunkan lah ibu bapa ku"
. Takde belanja wang ringgit, tak payah
cari orang, tak payah susahkan diri.

Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doa
lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri
masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri
dan
untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).

Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu
bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya -
agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat. Semoga
semua anak-anak yang lahir
dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji
mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh. Itu
lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani
kami sehingga kiamat...... ..


Ambil iktibar dari lampiran di bawah.


Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam:  Dari Jabir
radhiyallahu 'anhu, dia berkata,  "
Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa
sallam telah melarang kuburan dikapur  (di simen), dijadikan tempat duduk,
dan juga didirikan bangunan diatasnya.."



(Hadith Riwayat Imam Muslim)


Dan membawa bunga-bungaan /
jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama
jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam


kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam
upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh

mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan
berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar
(marble)
dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah
shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat
sifat bermegah dan menunjuk yang amat  dimurkai Allah subhanahuwata' ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,

"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku
diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan?
Kamu hendaklah meruntuhkan
semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang."


(Hadith Riwayat Imam Muslim)

P/s-
So jangan la jadi anak yang tidak kenang budi...Selalu kata tak sempat lah...apa lah...tapi buat benda-benda pelik banyak masa...esok kita pun akan ada zuriat dan hidup ni mcm roda gak...lu buat orang so lu kena la plak...moral of the story lu piker la sendiri bagi yg masih ada mak bapak tuh termasuk la gua gak masih belum terlambat untuk dimulakan..

No comments:

Nuffnang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Anakku...

CafeMom TickersCafeMom Tickers