NUFFNANG

Friday, March 26, 2010

Anak kecil dan Seketul batu


Renungkan...

Jangan sombong dan bongkak di atas dunia yg sementara ini.Apa yg ada
pada kita hanya lah pinjaman semata-mata.

Seorang Executive muda yang berjaya sedang  memandu di sebuah perkampungan
di pinggir Bandar. Ia  memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang
berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia  memandu
perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang  anak
kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan ,  ia
memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang  difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut  melintasi kawasan tersebut ; anak
kecil tidak kelihatan  tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu
disebelahkanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek  sekuat hatinya dan berundur
ke tempat dimana Anak kecil  tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari
kereta   terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan
menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi  Anak
kecil tadi :

" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya  awak berada disini ? Itu
kereta baru , mahal dan susah  nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat
ini semua ? jerit  Executive tersebut. Anak kecil itu tunduk sedih , sayu
dan memohon maaf  ; " Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa  patut
saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana  tak ada orang yang
berhenti disini apabila saya  panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu  sudut yang tidak jauh dari
situ. "Itu abang saya , ia  jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah
dan tak ada orang  yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik
menolong saya , ia  cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut  melepaskan anak kecil tersebut
dan terus mengangkat abangnya  dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik  selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan ,  Executive muda hanya melihat
dengan sayu, Anak kecil  tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera
pulang menuju ke  rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan
kesejahteraan  hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke  arah kereta , WAJA kemek
teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa  dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa
kita tidak perlu berkejar-kejar dalam  kehidupan ini sehinggakan seseorang
melontar batu hanya kerana  hendakkan perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah  susah, bersuka-ria tanpa
kesedihan, Panas tanpa hujan  tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan
kita  semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang  sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang  sementara.

Nuffnang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Anakku...

CafeMom TickersCafeMom Tickers