Renungkan...
Jangan sombong dan bongkak di atas dunia yg sementara ini.Apa yg ada
Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan
di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang
berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu
perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak
kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia
memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak
kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu
disebelahkanan kereta Waja tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur
ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari
kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan
menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak
kecil tadi :
" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu
kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat
ini semua ? jerit Executive tersebut. Anak kecil itu tunduk sedih , sayu
dan memohon maaf ; " Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut
saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang
berhenti disini apabila saya panggil".
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari
situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah
dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik
menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut
dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat
dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera
pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan
kesejahteraan hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek
teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa
kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang
melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .
Pengajaran
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa
kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan
kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

2 comments:
suke tgk ziyaad hahah
Adehh..sedihhh =[
Post a Comment