NUFFNANG

Wednesday, February 17, 2010

Khasiat minum air

 
MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.
Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.
Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.
Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.
Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.
Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.
Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.
Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.
Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Berapa banyak air yang kita perlukan?
Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.
Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.
Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.
Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.
Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.
Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.
Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.
Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.
Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:
Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
Sendi dan otot mengalami kekeringan
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
Meningkatkan keinginan untuk makan
Darah menjadi pekat
Mudah keliru.
Degupan jantung meningkat
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

Wasiat Rasulullah S.A.W.

Wasiat Rasululullah s.a.w
ADAB UZ-ZIFAF
Ahmad telah menceritakan :
"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar
dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari
Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah
berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah
bersabda :
1. "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka
(suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh
kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian
Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,
dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa
menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu
meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera da! ri
penyakit gila, sawan (gila b**i) dan sopak selama mana ia berada di
dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan
meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan
iaitu :
1. Susu 2. Cuka 3. Coriander (Ketumbar) 4. Apple Masam"
Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"
Baginda menjawab :
"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat
perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya
tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak
dapat anak."
Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan
semasa minggu pertama perkahwinan)."
Baginda menjawab :
"Apabila ia minum cuka! semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak
akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan
menyukarkan kepadanya kelahiran.
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan
haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."
2. "Wahai Ali..! janganlah engkau berjima' dengan isterimu pada awal
(hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua
hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila b**i dan
sopak mudah mengenainya dan anaknya."
3. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu selepas zuhor,
sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak
kerana jima' pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan
sangat suka kepada manusia yang bermata juling."
4. "Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima', sesungguhnya
jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima'
yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu."
5. "Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah
pandanganmu sewaktu berjima', (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta
– iaitu anak."
6. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan perempuanmu dengan syahwat
terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika
Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi
pondan yang bersifat benci dan hina."
7. "Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca
Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua
api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua."
8. "Wahai Ali..! janganlah berjima' de! ngan isterimu kecuali ada
padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala."
9. "Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu
tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan
kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang
demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu
berdua kepada berpecah dan talak."
10. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu secara
berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan
kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka
anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka
kencing di merata-rata tempat."
11. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil
Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan
kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat
anak baginya kecuali sudah tua."
12. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' deng! an isterimu pada malam
'Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima' pada malam
tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak
aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat."
13. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah
cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna
(cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak
maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak,
nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta
dan faqir sehingga mati."
14. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah
pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t.
mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang
tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,"
15. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu sewaktu
antara azan dan iqomah, jika berjima' pada waktu demikian, sesun!
gguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia
menjadi seorang yang menumpahkan darah."
16. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu semasa ia
hamil kecuali kamu berdua berwudhu', jika tidak maka sesungguhnya jika
Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi
seorang yang buta hati dan bakhil tangan."
17. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada
pertengahan (Nisfu) Sya'ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika
Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan
mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya."
18. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada akhir
bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu
jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak
tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta."
19. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu dengan
syahwat terhadap saudara perempuannya ! (ipar kamu) kerana yang
demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu
berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada
orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada
manusia."
20. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di atas
loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t.
mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang
munafiq, pelampau yang melewati batas."
21. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam
kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan
membelanjakan harta kepada yang tidak Haq," dan Rasulullah s.a.w.
membaca ayat Al-Quran : "Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas –
Syayathin."
22. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu bila kamu
keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang
demikian itu sesungguhnya bil! a Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu
berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang
yang zalim."
23. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada awal
malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia
menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada
akhirat."
ANJURAN BERJIMA'
24. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu bacalah :
"Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani." Maka
yang demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak,
tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya."
25. "Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima' dengan isterimu pada malam
Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu
berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab
Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t.
(baik d! an buruk Qada' dan Qadar Allah)."
26. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam
Selasa, Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang
mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah : 'Anla ilahaillallah wa
anna Muhammada ar-Rasulullah' dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun
bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum
yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat,
berdusta dan mengadu-domba."
27. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu malam Khamis,
maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang
bijaksana, atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim."
28. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu sewaktu matahari
di tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang
anak yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan
menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya
keselamatan agama dan dunia."
!
29. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat
dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan
petah."
30. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada hari Jumaat,
selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal,
masyhor dan alim."
31. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat
selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti
menjadi seorang yang abdal (terkemuka),"
"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH
MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."…..1*
(1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms
174.

Nuffnang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Anakku...

CafeMom TickersCafeMom Tickers