NUFFNANG

Showing posts with label amalan dan kesihatan. Show all posts
Showing posts with label amalan dan kesihatan. Show all posts

Thursday, March 4, 2010

Tanda-tanda dan Penyakit

1. MATA. Bertindak balas dengan keadaan hati.
i) Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi.Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak . Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG. Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selsema
a. Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
b. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sebu
a. Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iv) Batuk
a. Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.Biasanya kahak pekat keluar setepas beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
 
3. KERONGKONG
i) Kerongkong kering . Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong . Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

4. BIBIR .. Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah Perut mengandungi banyak bahan toksin.

5. MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk. Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

6. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


B. KULIT
1. PELUH
i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

2. RUAM DAN BISUL: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

3. KULIT GATAL DENGAN RUAM: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

4. KULIT PECAH DAN BERAIR: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

5. RAMBUT GUGUR: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

C. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
1. SENDI SAKIT
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

2. KEBAS TANGAN. Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

3. KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN. Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

4. KEBAS KAKI. Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

5. SAKIT TAPAK KAKI. Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

6. SAKIT TUMIT KAKI. Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

7. RASA PANAS DI TAPAK KAKI. Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

8. GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI. Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

2. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA . Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

1. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

2. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas .. Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk) . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah

3. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
Menandakan penyakit migrain.

4. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

5. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

B. MULUT/KERONGKONG
1. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

2. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.

3. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK . Tanda sakit jantung.

4. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

C. KENCING
1. KENCING KERAP : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

2. AIR KENCING BERKAPUR : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

3. AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

4. AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

5. AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

D. BUANG AIR BESAR
1. CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/ keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG,
menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

2. SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

3. NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

4. NAJIS BERWARNA HITAM: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang

E. TINDAK BALAS BADAN
1. BADAN RASA SAKIT: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ- organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

2. BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH .. Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

3. BADAN TERASA PANAS. Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

4. BADAN TERASA RINGAN: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

F. TINDAK BALAS EMOSI
1. RASA TAKUT MENGEJUT: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

2. CEPAT NAIK DARAH/MARAH: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

3. RASA BIMBANG DAN TAKUT: Sistem paru-paru yang lemah.

4. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB:
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

5. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL: Sistem penghadaman yang lemah.

Tuesday, March 2, 2010

Tanda-tanda awal Kanser

(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau
pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan
turun berat badan.
(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada,
keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di
ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air,
hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku
pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk
berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang
berat badan.
(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah,
sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang
walaupun makan sedikit.
(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera
makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning
dan bahagian abdomen membengkak.
(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di
bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama,
ketumbuhan bulu rambut yang melampau, suara menjadi
lebih mendalam.
(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan
penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa,
perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang
berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam
dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di
tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER


(1) Makanan
(2) Alkohol
(3) Sinaran cahaya matahari
(4) Pengambilan ubat
(5) Perokok yang tidak aktif (10) Keturunan
(6) Tembakau
(7) Radiasi
(8) Pekerjaan
(9) Pencemaran air dan udara

TEH DAN KANSER
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu
mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara
Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum
teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit
kanser.
Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan
penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga
mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa,
membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak
dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri.
Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga
mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng.
(2) Hindari makanan ringan yang masam.
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas.
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun
aspirin.
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan
evening primrose oil.

Thursday, February 25, 2010

Amalan harian

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda.. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan) .

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu,di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai d ima na dalam badan ayam mengandungi ion(+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari,iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan,tanpanya makanan tidak hadam)



 Wassalam...

Wednesday, February 17, 2010

Petua Kesihatan

Petua Kesihatan

1 . SUPAYA MEMUDAHKAN TIDUR/MEMPERCEPATKAN/LENA

* Minumlah air rendaman/perahan ketumbar yang dicampur dengan susu lembu
asli atau * Makanlah bawang besar berserta yogurt putih, ianya
mempercepatkan lena.

2 . MENURUNKAN DARAH TINGGI

* Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita atau * Minumlah
air rebusan daun Pokok Ati-ati atau * Makanlah biji buah Peria atau *
Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam atau * Minumlah air rebusan Pokok
Dukung Anak atau * Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan
taugeh hendaklah sama nisbahnya atau * Rebus daun pandan wangi
secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas
sahaja. Minum setiap pagi dan petang atau * Makanlah 3 ulas bawang putih
mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus atau * Parutkan kunyit
sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan
ini setiap pagi dan petang.

3 . DEMAM BIASA

* Makanlah isi Labu Air berserta cuka sebelum tidur malam atau *
Makanlah bawang besar serta keju yang lama di ikuti memakan pula air
limau nipis beserta kulitnya atau * Minumlah air rebusan bunga melor.

4 . SAKIT KEPALA

* Ambil daun Serai dan ditumbuk hingga lumat. Kemudian pupuk pada dahi
atau * Ambil umbi pokok bawang putih lalu di giling atau ditumbuk
kemudian ditampalkan kebahagian kepala yang sakit atau * Rebus daun
Kangkung sampai mendidih, kemudian angkat dan lumatkan daunnya hingga
halus. Masukkan dalam air garam dan saringkan. Minum air rebusan ini
setiap hari atau * Makanlah daun pokok Peria atau * Minumlah air rebusan
biji jintan hitam yang ditumbuk.

5 . SENGAL SENDI

Ambil akar pokok Kayu Manis Hutan/Teja, sebahagiannya lagi diasah
bersama air, air rebusannya diminum dan air asahannya disapukan ketempat
yang derita atau * Ambil daun serai ditumbuk lumat, kemudian pupuklah ke
sendi yang sengal atau * Ambil daun kecubung dan bubuh kapur sireh,
kemudian ditumbuk sampai hancur. Bubuhlah di tempat yang bengkak atau
sendi-sendi yang sakit atau * Ambil lengkuas merah sekadar 2 ibu jari
kemudian diparut, bubuh sedikit air masak(mati) lalu ditapiskan dan
ambil airnya, bubuh di dalamnya sebiji telur ayam (ayam kampung,
seeloknya)dan digoncang hingga merata lalu diminum. Minumlah dua kali
seminggu atau * Tumbuk daun betik muda hingga halus dan perah airnya.
Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Minum ramuan tersebut
sekali atau dua kali seminggu.

6 . SELSEMA

Ambil buah asam limau nipis lalu diperah ke dalam air teh (tanpa gula
dan susu) yang panas/suam lalu diminum atau * Minumlah air rebusan pokok
kadok/sirih duduk atau untuk bayi * Ambil tiga helai daun sirih. Sebiji
limau nipis, dibelah, diperah dan ditapiskan airnya. Ramuan-ramuan air
limau nipis yang bercampur daun sirih pada dada dan leher bayi.

7 . SUARA SERAK

* Ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur
sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulut
beberapa kali atau * Ambil bawang besar 2 biji, buang kulitnya lalu
ditumbuk atau dimesin hingga hancur, kemudian tapiskan lalu ambil airnya
dan diminum sekadar 2 kali sehari. Buatlah 2 hari berturut-turut atau *
Ambil sebuku asam jawa, rendamkan dan ramas dalam air setelah itu
campurkan dengan segelas air sejuk, embunkan atau masukkan kedalam peti
sejuk. Minumlah air ini selama dua kali sehari, sehingga serak itu
hilang.

8 . BATUK/LELAH/SEMPUT

* Ambil umbi pokok bawang putih lalu ditumbuk atau digiling, ambil
airnya dan campurkan sedikit madu dan gula untuk diminum atau * Ambil
daun Kecubung, hiris halus-halus seperti tembakau dan dijemur hingga
kering, buatkan daun dan dihisap atau * minumlah rebusan akar pokok
melor atau * Jika anda ada penyakit lelah, jangan lupa masukkan sebatang
serai yang telah dihancurkan kedalam masakan anda. Cara ini boleh
mencairkan lendir atau untuk batuk berlendir * Panaskan limau nipis dia
tas bara api. Belahkan dua dan kemudian tuangkan kicap manis diatas
belahan tersebut. Perahkan airnya kedalam mulut dan makan bersama
hampasnya atau untuk batuk berkahak * Campurkan sebiji telur ayam
kampung dengan sesudu besar gula pasir. Seduhkan dengan tiga suku gelas
air mendidih. Biarkan sejuk lalu diminum.

9 . SAKIT GIGI

*Minumlah air rebusan kulit batang dan daun pokok gajus atau * Ambil
pucuk dan daun pokok cengkih lalu di kunyah-kunyah atau * Tumbukkan daun
serai hingga hancur. Masukkan kedalam air hangat dan tambah sedikit
garam. Air serai ini hendaklah diguna berkumur atau * Ambil sedikit
sekapur sirih dan kunyahkan pada gigi yang sakit itu hingga lumat.

10 . BENGKAK GUSI

* Ambil 5 helai daun jarak, 1 liter air biasa dan sesudu besar air kapur
sireh. Rebuslah ramuan ini, setelah mendidh barulah diangkat, sesudah
dingin minumlah airnya atau * Ambil umbut nenas, hancurkan setelah itu
campurkan dengan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi anda yang ada
kesan bengkak. Biarkan sehingga kering.

11 . GUSI BERDARAH

1. Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan kedalam periuk berisi
air, campurkan dengan beberapa helai daun inai. Kemudian rebuslah dan
setelah airnya mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur dan garam secukup
rasa. Setelah airnya suam bubuhlah kedalam mulut dan biarkan selama 3
minit, lalu berkumur-kumur atau
2. Kumurlah dengan air suam yang telah dicampurkan dengan sedikit garam
atau
3. Jika gusi anda terluka dan anda tidak mahu biarkan luka itu
lama-lama, berkumurlah dengan air daun sirih. Caranya, ambil 15 helai
daun sirih dan dimasakkan dengan air. Setelah itu sejukkan rebusan itu.
Berkumurlah dengan kerap dan menggunakan air daun sirih itu.

12 . DEMAM CAMPAK

* Ambil sebiji kelapa muda, belah dan ambil airnya, setelah itu berilah
anak anda minum anggaran setengah cawan. Lakukan cara ini hingga
demamnya sembuh, jika dia mengidap demam campak, campaknya akan keluar
atau * Parutkan kunyit dan campurkan dengan asam kawak. Kemudian
lumurkan pada badan pesakit. Disamping itu, minum air kelapa gading
setiap hari.

13 . BATUK BERLARUTAN

Ambil sedikit asam jawa dan garam dicampurkan dengan air suam . -apabila
semua dah sebati dengan air suam tadi ,bolehlah diminum. -hendaklah
dilakukan sebanyak tiga kali. insyaallah batuk itu akan hilang dan kahak
yang pekat itu akan keluar dengan mudah

14 . SAKIT MATA

Merawat sakit mata disamping ia juga dapat mencantikkan mata... mata
akan kelihatan jernih..... sediakan madu.... ambil madu tersebut dan
tuangkan sedikit di sudu.... jangan terlalu banyak... cuma setitik madu
sahaja... titik kan madu tersebut di mata yang sakit... anda akan merasa
pedih sedikit dan dalam beberapa minit mata anda akan sembuh....
*insyaallah....

15 . MATA BERSELAPUT

Masaalah berselaput dalam mata. Bahannya : - Madu lebah asli. - pucuk
sirih. Caranya: -Masukan setitik atau dua titik madu lebah kedalam daun
sirih (pucuk sirih),
-kemudian gentel campuran daun sirih dan madu lebah hingga sebati.
-Lepas tu... titiskan kedalam mata yang menghadapi masaalah berselaput.
-Amalkan dua atau tiga kali . Insyaallah , selaput akan hilang dan tak
berselaput lagi.

16 . GELUNG HITAM PADA KELOPAK MATA

Bila anda tidak cukup tidur , pada mata anda pasti ada gelung hitam.
Untuk menghilangkannya mudah saja. Setiap kali bangun tidur , sediakan
semangkuk air dari peti sejuk , cuci di bahagian mata dulu dengan
menggunakan hujung jari dari pangkal hingga hujung mata sambul membaca
selawat 3 kali . Lakukan setiap pagi insyaallah

17 . BIBIR PECAH

Ubati bibir yang pecah Bagi mengatasinya, minum air suam yang dicampur
dengan gula merah atau gula melaka serta sedikit air perahan asam jawa.
-Minum ramuan ini beberapa kali dlm sehari. -Dengan izin ALLAH, bibir
yang pecah akan segera sembuh.

18 . MEMUTIH GIGI

Ambil sedikit arang dari kayu yang dibakar - jumlahnya ialah ikut
keperluan..... kalau nak guna lama so taruk la byk sikit arang tu.....
-kemudian tumbuk arang tersebut dgn sedikit garam.... garam tu lebih
kurang 1 sudu teh ker... tumbuk hingga betul-betul hancur then -buat
cuci gigi.... gosok ngan jari pun boleh.... Insyaallah gigi anda akan
menjadi putih berseri.....

19 . KUKU BERSERI

Dapatkan kuku yang sentiasa berkilat... ambil sedikit ubat gigi
(sebaiknya colgate merah) dan gosokkan dengan jari beberapa minit.
Buatlah pada semua kuku, insyaAllah ia akan berkilat dan tahan lama...

20 . RAMBUT GUGUR

Rambut gugur ambil putih telur dan campurkan dengan limau nipis
-kemudian sapukan ke rambut sehingga keseluruhnya -setelah selesai
menyapu ke rambut balutkan rambut dengan kain tuala dan biarkan ia
semalaman -basuh pada keesokan harinya -amalkan seminggu dua kali
Insyallah -akar rambut akan menjadi kuat dan rambut akan lebih kelihatan
sihat -campuran berlebihan jangan dibuang.. simpan didalam peti sejuk..
kerana campuran tadi akan lebih sebati jika disimpan...

21 . PENYAKIT KAYAP

Menghilangkan Penyakit kayap ambil sebiji cempedak muda(putik buah
cempedak) dan asah bersama sedikit air pada belakang lesung batu.
-Kemudian ambil airnya, campurkan dengan bdak sejuk dan sapu sekitar
kayap itu seberapa kerap yang anda mahu.
-Insya-Allah kayap akan hilang dalam masa dua tiga hari. -insyaalah ia
mujarab.

22 . MERAWAT BIBIR

Mencantik serta merawat bibir ambil mentega dan disapukan pada bibir...
biarkan selama 10 min.. inyallah... -3 kali seminggu.. mesti bibir
elok...

23 . KAKI MELECET

Petua untuk kaki melecet sapukan sedikit minyak masak pada kaki yang
melecet sebelum memakai kasut.... Insyaallah kaki tidak akan melecet
lagi dan kita akan merasa selesa memakai kasut yang baru tu... Saya
sudah amalkan dan memang berkesan...

24 . PARUT HITAM

Menghilangkan Parut Hitam ambil beberapa biji kentang kemudian tumbuk
hingga lumat -tempekkan pada parut tersebut. Lakukan setiap hari dan
mudah-mudahan usaha anda akan berhasil dengan Insya - Allah.

25 . MERAWAT TUMIT PECAH

Ambil lemak ayam dan panaskan lemak ayam hingga cair dan sapukan pada
tumit kaki yg pecah -jika anda rajin amalkan... anda akan mendapat
kesannya yg baik.

26 . HILANGKAN KUTU DI KEPALA

. Ambil beberapa ketul ubat gegat dan tumbuk hingga halus/lumat
-campurkan ubat gegat itu dgn setengah cawan minyak kelapa. sapu di
seluruh kepala dan bungkus dgn kain. -selepas 15 minit, cuci rambut dgn
air bersih Insya-Allah, kutu akan hilang.. selamat mencuba....

27 . LEGAKAN BATUK

Petua Ibu Kunyit Legakan Batuk ambil ibu kunyit sebesar ibu jari. -
parut dan ambil airnya. - campurkan air ibu kunyit tadi dengan dua cawan
air tebu tulen. - Tapis dan didihkan sebentar. - biarkan ia agak
suam-suam sikit, dan minumlah 3x sehari Amalkan setiap hari...
Insyaallah.. batuk anda akan hilang!!!

28 . MEMUTIHKAN SIKU

Mungkin ada diantara anda yang mempunyai kesan-kesan hitam di bahagian
siku. Bagi anda yang ingin mengatasinya -cubalah campurkan setitik air
limau nipis ke dalam satu sudu besar tepung gandum. -sapukan campuran
itu pada bahagian siku anda dan biarkan kering. -Kemudian cucilah dengan
air suam. Bilas dan lapkan sehingga kering. -Amalkan beberapa kali dalam
sebulan. Insyallah akan membuahkan hasil.

29 . MEMERAHKAN KULIT MUKA

Sekiranya anda ingin kelihatan sentiasa berseri-seri dan kemerah-merahan
di seluruh muka anda,
-setiap pagi mencuci muka dengan daun teh yang telah di rendam.
-Sapukan daun teh perlahan-lahan ke muka dan biarkan seketika. -Kemudian
basuh dengan air bersih tanpa menggunakan sabun. Insyallah muka anda
akan kelihatan berseri-seri.

30 . MATA BERSINAR

Sekiranya mata anda tidak bersinar seperti orang mengantuk, cubalah
petua ini. -Basahkan kapas ke dalam air teh pekat sejuk, -kemudian
pejamkan mata anda dan letakkan kapas tersebut di mata beberapa ketika.
-Amalkan beberapa kali dalam seminggu nescaya mata anda akan sentiasa
segar dan bersinar.

31 . CAGU (MAKAN CEKAM)

Makan cekam atau cagu yg selalunya terjadi kat kuku kaki atau tangan
-ambil inai dan tumbuk bersama air (seeloknya inai mekah) -inai tersebut
letakkan di kuku yg makan cekam @ cagu tersebut -insyaallah.... jika
selalu diamalkan makan cekam @ cagu tersebut akan kering dan beransur
hilang dan tidak akan berasa sakit lagi

32 . MASALAH BAU BADAN

1. Sebelum anda memulakan kerja, ambil sebiji limau dan belah dua.
Kemudian sapu pada ketiak dan jika diamalkan selalu ketiak tidak berbau
lagi.

2. Badan berbau amat memalukan. Cara mengatasinya, ambil beberapa kuntum
bunga cengkih dan direndam sehingga kembang. Kemudian minum airnya tiga
hari berturut-turut.

3. Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba cara ini, campur sedikit
kapur sirih bersama perahan limaunipis. Sapukan pada ketiak, setelah
anda selesai mandi. Amalkan selalu dan ketiak anda akan cerah dan tidak
berbau lagi.

4. Bulu ketiak boleh dihilangkan dengan cara ini. Ambil 20 biji jintan
putih dan sedikit kapur barus, gaul rata bersama dengan air perahan
limau purut. Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu
beberapa kali ianya akan berhasil.

33 . MASALAH SAKIT KEPALA

1. Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara, ambil sebiji kecil bawang
putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi
akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan
bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan
beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman, tetapi ia akan
mengelupas dalam masa 2-3 hari.

2. Ada cara yang paling mudah untuk menghilangkan sakit kepala. Ambil
daun lemuni ( batang yang lembut sahaja ) lebih kurang sekilogram.
Masukkan kedalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi.
Amalkan 2-3 hari dan anda pasti akan berasa segar serta ringan kepala.

34 . HIDUNG BERDARAH

Sekiranya hidung anda berdarah, titiskan campuran cuka dan air mawar.
Amalkan dan penyakit ini tidak akan berulang.

35 . PENING

Amalkan petua ini sekiranya kepala anda terasa pening. Ambil sebiji
bawang merah yang besar dan lima biji bawang putih, hancurkan sehingga
lumat dan campurkan secamca besar madu. Kemudian lumurkan pada kulit
kepala dan urut lembut. Balut kepala dengan tuala suam. Biarkan
semalaman dan pening akan hilang.

36 . KESIHATAN RAMBUT

1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang.
Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. Mula-mula
ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu
sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata
kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala.
Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan
sekurang- kurangnya seminggu.

2. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini.
Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan.
Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa.
Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan
biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali
seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

3. Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepada
orang muda. Oleh itu ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi
masalah itu. Caranya, bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun
lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian bahan tadi
dilumur pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah
dibasuh bersih-bersih dengan menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan
tiga kali seminggu.

4. Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera seta mudah
disikat. Untuk itu amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang untuk
membasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyak bijan
sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut
anda sehingga hampir kering. Kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau
minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut. Kalau anda berambut
lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting,
seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat ( ini untuk
mengelakkan rambut dari putus dan bercabang)

37 . MERAWAT PENYAKIT BUASIR

Ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning. Bakar atau
panaskan hujungnya, kemudian letakkan kepada bahagian yang sakit.
Lakukan berulangkali sehingga sembuh. Insyallah baik. Tetapi jangan lupa
untuk berdoa.

Petua Nenek Moyang

Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3
kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi
berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari
berturut-turut.

Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut
air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit
sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali
sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih.
Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke
pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja.
Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di
sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air
bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di
sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan
kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.
Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh.
Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan
keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...

Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu).
Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk
dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau
pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang
bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga
kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan
berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya
dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama,
cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi
utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit
limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.

Badan Ringan Dan Bertenaga
Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan
lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah
badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga
wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam
camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu
sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut
dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

Merawat Kulit Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan
bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan
itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga
berkesan.

Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu
mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik

Menghilangkan Parut
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air.
Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan
sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.
Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil
lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu
madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala
lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga
kering. Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan
dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah
seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Merawat Senggugut
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air
suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat.
InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada
muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Rambut Lebat
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat
3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut

Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas.
Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya.
Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri.
Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Mengempiskan Perut (1)
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu
disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas
bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat
perut sahaja, amalkan setiap malam.

Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di
samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat
dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

Menghasilkan Kulit Cantik Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan
lobak merah yg telah dihancurkan .

Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat
cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan
kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah .
1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam .
Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu
sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya
gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah
cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat
senggugut selama 3 bulan berturut-turut . Ini adalah pengalaman saya.
2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua
tersebut , tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dah
lama saya tak dapat senggugut.

Cengkih Penawar Sakit Gigi
Sekiranya anda mengalami sakit gigi, gigit tiga kuntum bunga cengkih
pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, ketuk cengkih dan isi
didalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas. Insya-Allah, sakit
beransur kurang.

Gambir Penawar Gatal
Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, cuba petua ini.
Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan
gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian
gatal. Selamat Mencuba.

Hilangkan Daki dan Bau Badan
Kita sering menghadapi masalah daki dan bau badan terutama bakal
pengantin. Untuk mengatasinya, gunakan pucuk jambu batu. Ramas ia
didalam air dan gosokkan pada badan. Selepas itu, bilas dengan air limau
purut. Lakukan seminggu sebelum tarikh perkahwinan. Insya-Allah, kulit
kita akan bersih dan bau badan pun hilang.

Hilangkan Parut
Jika anda mempunyai kesan parut, anda boleh menghilangkannya dengan
menyapu lendir lidah buaya. Cuma sapu lendir itu pada parut. Lakukan
tiga kali seminggu. Insya-Allah, parut akan hilang.

Ikan Tidak Hanyir
Asam Jawa dapat menghilangkan hanyir ikan pari dan ikan duri. Mula-mula
ambil asam jawa dan air, diramas didalam satu bekas. Kemudian masukkan
ikan pari atau ikan duri selama setengah jam. Selepas setengah jam,
kikis hanyir pada badan ikan tadi hingga habis. Kemudian barulah
dipotong ikan tadi dan diramas dengan asam jawa bersama garam kasar
berkali-kali. Kosek hingga bersih dan putih serta hilang hanyirnya.
Selamat mencuba. Insya-Allah, hanyir akan hilang.

Keputihan Pada Mulut Bayi
Caranya, titikkan satu atau dua titik air hangat (suam-suam kuku) pada
tempat yang putih, dalam seminggu. Insya-Allah, keputihan itu akan
sembuh. Boleh juga ambil serbuk penaik lalu dibubuh didalam air suam.
Kemudian celupkan kapas dan sapukan pada lidah bayi.

Khasiat Oat
Oat, selain enak dimakan, juga berkesan merawat kulit kering dan
berkedut. Caranya, bubuh dua camca teh oat didalam mengkuk, gaulkan
dengan susu pembersih muka atau pelembap muka dan sapu pada kulit
(sental kulit dengan penyental dahulu). Tunggu 5 - 10 minit dan bolehlah
dicuci. Hasilnya kulit lembut, halus, tidak kering serta menjimatkan
wang.

Membuang Lemak Badan
Sekiranya anda mengalami masaalah lebihan lemak, cuba amalkan petua ini.
Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat.
Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur
bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan.
Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang
berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat
dicapai. Selamat mencuba.

Mengatasi Gatal Keladi
Supaya sayur keladi tidak terasa gatal, ketika memasaknya anda hanya
perlu memasukkan tiga atau empat keping hirisan pinang ke daalam
masakan. Dan untuk menghilangkan rasa gatal pada tangan pula, lumurkan
tangan anda dengan minyak masak. Insya-Allah, gatal akan beransur
kurang.

Melangsingkan Tubuh
Masalah berat badan, sering menggangu fikiran wanita.Tetapi kini anda
tidak perlu risau kerana ada petua murah dan mudah. Ambil dua biji lobak
merah dan sebiji timun.Parut dan perah airnya. Parutan itu dicampur
sebiji air limau nipis. Bancuh hingga sebati dan minum dua kali sehari.
Amalkan setiap hari hingga berat badan anda turun.

Sengal Tulang
Bagi anda yang selalu mengidap sakit sengal tulang, cubalah petua ini.
Ambil sedikit getah pohon kemboja dan sapukan pada sendi yang terasa
sengal sambil berselawat. Cara ini dipercayai dapat meredakan sakit
sengal tulang dengan berkesan. Selamat mencuba!.


RAHSIA PETUA MELAYU LAMA
(Istimewa Untuk Wanita)

Dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua untuk
perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik,
menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang
boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah
mempunyai anak. Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai
pengalaman dan tulisan.

1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam
tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur,
lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan.
Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya
menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang
pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air
sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini
berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka
bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air
paipke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan
segar, tidak mudah jatuh

4. Taman Semerbak
Mewangi Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi
baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan
sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah
diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang
air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur
seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika
boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak
panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal
nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa
suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan
memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu,
kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila
jima'setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari rneniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau
malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.

Petua Tradisional

Petua Majalah
1. BAWANG PUTIH CEGAH ULAT .
Kini ramai orang menggunakan bahan baja atau ubatan ramu pada pokok yang
bermasalah ulat. Tumbuk bawang putih tiga atau empat ulas dan campurkan
air sabun secamca besar. Kemudian campur minyak masak secamca. Semburkan
campuran ini pada pokok. Selamat mencuba CEPAT DAN RINGKAS Puding sejuk
dan agar-agar kadang-kadang lambat membeku jika terlebih airnya. Untuk
mempercepatkan pembekuan, loyang perlu disejukkan di dalam peti sejuk
tingkat teratas. Apabila cukup sejuk, isikan agar-agar di dalamnya.
Pasti hasilnya mat memuaskan.

2. KULIT MUKA KEMBALI BERMAYA
Tumbuk beberapa helai daun kubis dan perah airnya. Campurkan sedikit air
dan secamca besar madu. Kemudian sapu ramuan ini pada leher dan muka.
Pakai seperti pupur. Biarkan lebih kurang 15 minit, kemudian cuci dengan
kapas menggunakan air suam. Hasilnya, kulit tegang, lembap, lembut segar
serta licin. Amal 3-4 kali sebulan, anda akan memiliki kulit wajah
cantik bermaya.

3. AYAM TIDAK HANYIR LAGI
Mereka yang gemar makan ayam, pasti tahu cara menghilangkan hanyir. Ayam
dipotong dan dibersihkan, diperap beberapa minit dengan garam, asam jawa
dan sedikit tepung gandum. Kemudian cuci bersih. Bubuh garam dan kunyit
seperti biasa atau ramuan mengikit selera. Hasilnya ayam bertambah
garing dan lazat.

4. KAIN BATIK TIDAK LUNTUR
Untuk mengelak kain batik daripada luntur warnanya dan mudah pudar,
eloklah menggunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan nampak
baru. Caranya: Ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air.
Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam
semalaman. Setelah itu bolehlah dicuci seperti biasa. Pakaian itu pasti
tidak akan luntur lagi.

5. TOMATO DAN EPAL LICINKAN KULIT
Bagi anda yang kulit berminyak dan berjerawat serta berparut pada muka,
cubalah petua mudah ini: Parut epal atai tomato yang cukup masak untuk
dijadikan pembersih kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan
leher. Kandungan gelatin pada tomato boleh menghilangkan kehitaman dan
parut yang baru dan muda. Biarkan 20 minit. Selepas itu, cuci dengan air
suam. Lakukan berulang kali dan anda akan dapati hasilnya memuaskan.

6. RAMPING TANPA SEBARANG BELANJA
Bagaimana hendak kurus tanpa sebarang belanja, senaman dan ubat-ubatan?
Cara paling senang, melalui displin. Displinkan diri ketika makan -
jangan makan terlampau laju. Pastikan setiap suapan 40 kali kunyahan.
Juga diingatkan: jangan sekali-kali makan berulam air. Selain
mengelakkan perut daripada buncit, ia juga dapat menghindarkan sakit
pinggang.

7. MEWANGIKAN RAMBUT
Ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi yang ditumbuk lumat.
Sapukan ke kepala pada sebelah petang sebelum dicuci sebelum tidur boleh
mewangikan rambut dan mencegah uban.

8. MENGHALAU LIPAS
Masukkan beberapa helai daun limau purut kedalam almari maju atau almari
pinggan mangkuk.. insya Allah lipas akan lari dan daun limau purut
menghasilkan aroma yg wangi...... selamat mencuba...

9. MENGHILANG KESAN KARAT PADA BESI
Untuk menghilangkan kesan karat pada besi... yelah... kalau ada
benda-benda cam sudu antik ker, aper-aper jerlah benda yang diperbuat
dari besi dan dah karat tapi sayang nak buang.... camnie caranya...
-Ambil sedikit cuka dan dicampurkan dengan garam. -Larutkan kedua-dua
bahan ini ke dalam sebekas air. -Kemudian rendamkanlah barang yang telah
karat itu ke dalam larutan air tadi.
-Biarkan semalaman. InsyaAllah kesan karat pada besi akan beransur-ansur
hilang. Selamatlah barang-barang yang dah berkarat itu daripada dibuang
begitu sahaja. Selamat mencuba.... Hilangkan bau

10. NASI HANGIT
kalau nasi yang kita tanak tu hangit.. jangan buang... membazir.. cuba
amalkan antara 3 petua nie...
-Pertama : -basuh cili kering dalam dua tiga tangkai... jangan
dipotong.. -masukkan terus ke dalam nasi tersebut... biarkan seketika,
-InsyaAllah nasi tak berbau.. (P/S: Jangan takut... tak rasa pedas nyer
nasi tu.. sebab tak dipotong) -Kedua... -kalau bau hangitnya tidak
terlalu kuat, letakkan garam di atas tudung periuk dan InsyaAllah,
takder bau hangit tu... -Ketiga kalau kat rumah tu ada daun pisang,
letakkannya menutupi permukaan atas nasi... biarkan sejenak....
InsyaAllah

11. HILANG KESAN PARUT JEWAWAT
Caranya... ambil kayu manis... dengan menggunakan sedikit air..
asahkannya di permukaan kasar
(Contoh: permukaan belakang pasu/ batu tumbuk). -Selepas itu, sapukannya
di parut-parut jerawat. Amalkan setiap malam, InsyaAllah kesannya akan
hilang.

12. TANGGALKAN KESAN COKLAT GETAH PADA KAIN
baju atau seluar yang terkena coklat getah panaskan dengan iron dengan
suhu yang paling tinggi.
-alih-alihkan kertas itu insyaallah kesan coklat getah akan tertanggal.
jadi anda tidak perlu buang baju yang terkena coklat getah. selamat
mencuba

13. SENANG MENGANTUK
caranya .... makan madu lebah dengan minum air kopi .Dalam masa 16 minit
sahaja anda akan merasa kesan ngantuknya. Memang sukar dipercaya tapi
cubalah...

14. MENGHILANGKAN BAU DURIAN
cara nak hilangkan bau durian pada tangan tu senang aje.. kite ambik
kulit durian, yang bahagian belakang kulit (bahagian yang berduri) tu
diletak di bawah paip air. -basuhkan tangan dengan air yang mengalir
melalui kulit tadi. Maka hilanglah bau durian yang melekat pada tangan
tadi

15. MENGHALUSKAN KULIT MUKA : T
entu anda tidak puas hati jika kulit muka kelihatan kasar. Jangan susah
hati. Apa yang anda perlu lakukan ialah -panaskan susu segar (atau susu
tepung yang dibancuh) hingga mendidih -Kemudian angkat dan sejukkannya.
-sapukan pada bahagian muka dan biarkan ia kering. -Selepas itu barulah
bersihkan muka dengan air suam. -Amalkan terutamanya pada sebelah malam
sebelum tidur. Insya-Allah kulit muka anda menjadi lebih halus dan
lembut.
******************************************

Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan

1. Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai
bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan
masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif,
jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal
setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

2. Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak
sengau atau suaranya terlalu kuat.

3. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang
melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan
gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati,
menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi
berkerut dan masam.

4. Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa
ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu
dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

5. Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan
bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga
kulit muka. Jangan banyak berangan.

6. Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi
jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian
kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki
suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

7. Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan
mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar.
Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau
tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan
sedikit.

8. Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara
bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan
mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara
bergerak biarlah lemah-lembut.

9. Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila
ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

10. Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling.
Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi.
Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling
walaupun kepada buah hati anda.

11. Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila
keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

12. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut.
Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

Petua Jerawat

Petua 1

Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur
, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa
pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam
gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau
suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke
seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang
berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa.
Insya-Allah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 2

Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa . Kemudian
sapukan ke muka anda . Amalkan setiap masa seperti anda menggunakan
bedak sejuk . hasilnya , muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta
tidak berjerawat lagi.

Petua 3

Giling beras dan daun ini sehingga lumat. Bulatkan adunan tersebut
sebesar duit lima sen dan jemur sehingga kering . Apabila hendak
menggunakannya , titis sedikit air limau nipis dan sapu pada muka
menggunakan belahan ubi kentang .

Petua 4

Ambil 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur , akar bunga cina dan
akar kitam guri serta seketul kemenyan . Jika sukar mendapatkan
ketiga-tiga akar ini , memadailah dengan dua jenis sahaja . Semua akar
ini diasah di buntut pasu dengan sedikit air . Sapukan ke muka sebagai
bedak sejuk . Jika anda suka , boleh juga dicampurkan dengan bedak sejuk
atau dengan lendir daun lidah buaya . Selain diasah , ia boleh juga
dikeringkan kesemua akar itu dan dikisar bersama kemenyan tadi .

Petua 5

Parut temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit
gula melaka . Ambil 3/4 suku gelas air masak dan campurkan dengan
sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh
kesemua bahan tadi sehingga sebati , kemudian tapis . Minumlah airnya
beberap kali , kemudian barulah dirawat kulit muka anda dengan petua
lain yang telah diberikan .

Petua 6

Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit
itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran
itu sebati , sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20
minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika
selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit
menjadi lebih halus .

Petua 7

Parut jagung muda dan sapukan ke muka anda . Biarkan beberapa minit
kemudian basuh hingga bersih . Selepas itu , sapukan lagi muka dengan
jagung muda tadi . Kali ini biarkan hingga ke hari esoknya .

Petua 8

Basuh muka dengan air suam , kemudian gosoklah muka dengan tomato masak
. Biarkan ia kering sendiri . Selepas itu bilas muka anda dengan air
suam .

Petua 9

Ambil air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka . Biarkan
kering dan jangan menggerak-gerakkan muka . Apabila kering , bilas
dengan air bersih atau jika ingin cepat berkesan , bilas dengan air suam
. Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut , anda akan
lihat kesannya. Kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut .

Petua 10

Giling sedikit ibu kunyit , daun pegaga , pucuk daun asam jawa ,
beberapa kelopak bunga mawar dan sedikit beras yang sudah direndam
selama dua malam . Apabila halus , bulat-bulatkan dan jemur sehingga
kering . Jika hendak digunakan , hancurkan dengan air dan sapu ke muka
sebelum tidur supaya liang roma kulit muka tidak ditutupi sebarang
lapisan .

Petua 11

Tumbuk lumat rumput gelang sambal yang dibersihkan dengan air hujan dan
dicampurkan dengan tepung beras sehingga sebati serta keringkan . Ia
boleh dibuat bedak . Bersihkan kulit muka sebelum memakai bedak ini .
Buat begini setiap pagi dan malam . Kesannya tentu memuaskan hati anda .
Insya-Allah .

Petua 12

Amalkan memakai bedak sejuk dicampurkan dengan daun bunga tanjung yang
ditumbuk lumat bersama sedikit kapur . Kacau semua bahan ini sehingga
sebati kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur . Jika selalu
diamalkan jerawat akan kering dan pupus .

Petua 13

Ambil segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di
tapak tangan . Selepas itu , gosokkan ke muka hingga ke leher . Biarkan
beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air
sejuk dan bolehlah anda mandi (jika mahu) .

Petua 14

Jerawat sering menimbulkan banyak masalah kulit terutama pada kulit
muka. Jeragat pula kalau tak dijaga boleh merebak dan menampakkan kulit
kita menjadi hitam. Kedua-dua perkara ini boleh menyebabkan resdung yang
teruk. Kita atasi masalah ini dengan mengurang/membersihkan jerawat.
Ambil sedikit daun penggaga tumbuk sehingga lumat kemudiannya
dicampurkan dengan bedak sejuk. Bedak sejuk yang elok dibeli dari
Langkawi buatan pribumi itu sendiri. Memang baik dan berkualiti.
Kemudian pakaikan pada seluruh muka. Anda duduk senyap2 dan jangan
bercakap. Anda akan rasakan kulit muka anda menjadi tegang. Kalau yang
tempat ada jerawat ianya akan menjadi kering. Lebih kurang 30minit cuci
dengan air suam. Lihatlah kesannya muka akan berasa licin dan bersih.
Jeragat pula akan hilang sedikit demi sedikit akbit kesan dari
penggunaan daun penggaga itu. Lakukan
3x seminggu insyaAllah muka anda tidak akan ada masalah lagi.

Petua 15

Gunakan uncang Teh -Teh herba memang baik untuk kesihatan. Selepas kita
minum air rendaman teh ini, uncang nyer jangan dibuang. -Ambil uncang
teh ini, pastikan kelembapannya tidak terlalu berair dan tekapkan ke
jerawat. -Biarkan lebih kurang 10 minit, kemudian basuh ler muka tu.
-Amalkan sebelum tidur dan InsyaAllah, bila bangun dari tidur kita akan
dapat melihat kesannya di mana jerawat ini akan kecut dan jika diamalkan
selalu, jerawat akan hilang. InsyaAllah....

Petua Mengelakkan Rambut Gugur

Keguguran rambut akibat dari banyak sebab. Kebiasaannya dialami oleh
yang baru lepas bersalin. Ini perlu dijaga kerana rambut adalah mahkota
seorang wanita. Bagi muslimah yang memakai tudung pula adalah juga satu
faktor menyebabkan keguguran rambut tapi itu bukan satu alasan tidak
memakai tudung. Ikutilah petua ini langkah demi langkah untuk
mendapatkan rambut yang cantik dan wangi.

Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk
menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur juga boleh
menyebabkan keguguran rambut. Kemudiannya anda memerlukan santan untuk
menyuburkan rambut. Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga
kekulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu
terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam.
Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam.

Buatlah barang sebulan. Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan
rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih
cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan
sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2
bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.

Ini kerana kesan dari khasiat buah limau nipis, santan dan lidah buaya
yang sememangnya sesuai dijadikan penawar bagi mereka yang mengalami
keguguran dan ketidaksuburan rambut.


10 Tip Kecantikan Yg Boleh Diikuti Semua

1. Minum banyak air... minum.. minum dan minum! Bukan air coke atau air
berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan
minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan,
menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.
Senang bukan?.
2. Bersenam ! Baik utk kesihatan.. elok utk rohani! Berjalan di sekitar
rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam... lepas
bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan
kembali peredaran darah.

3. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan
kesihatan. Semua orang tahu tu.. jadi kenapa nak merokok?? Nak kuruskan
badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit,
jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit.. pasti org
lebih nak sihat, kan???

4. Tidur yg cukup... Jgn asyik berjaga waktu malam... tak elok tu. Waktu
malam kan dikhaskan utk tidur? Tak cukup tidur akan membuat anda
kelihatan lebih tua dan mata lebam.

5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai
sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap
melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat
rumah.. tak payahlah sapu itu ini... cukuplah dgn wajah yg bersih.

6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan. Jgn sebab nak kurus, anda rela
berlapar setiap hari. Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti
sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan
badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan
bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.

7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci
rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah!
Tak semestinya di salun.. anda juga boleh memanjakan diri dengan
melakukan sendiri di rumah. Jika rajin.. cari pelbagai jenis bunga yg
wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai
energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan.

8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah
muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

9. Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda
akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu
penampilan kita pun cantik!

10. Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn
famili atau kawan2. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda
hanya menambahkan kedutan di muka.

Okay?? Mudah bukan.... kecantikan bermula dalam diri dan amalan
sehari-hari!

Khasiat peria

Spt yg kita sedia maklum, peria sejenis sayuran yg agak pahit rasanya.
Kebanyakan org tidak menggemarinya. Namun sesuatu yg pahit pasti
mempunyai khasiat. Peria mempunyai pelbagai khasiat termasuk protein,
lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin & kalsium.

Dipercayai sejak zaman purba lagi bhw peria digunakan untuk merawat
penyakit kencing manis. Caranya minum perahan dpd 4 atau 5 biji peria
setiap pagi. Bijinya yg dihancurkan boleh dicampur ke dlm makanan.
Selain itu, ia boleh dijadikan air rebusan atau serbuk.

Daunnya pula boleh merawat buasir. Caranya, campurkan perahan daun peria
ke dlm segelas susu & minum setiap pagi selama sebulan. Akar yg
dihancurkan boleh disapu pd tempat buasir.

Peria juga boleh mengatasi masalah darah kotor yg menyebabkan bisul,
kudis buta & rasa gatal. Yg perlu dilakukan, campur segelas perahan
peria & secamca teh perahan limau. Ia perlu diminum sedikit demi sedikit
setiap hari selama empat hingga enam bulan.

Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dgn meminum air daun peria.
Ia juga boleh mengatasi masalah hati disebabkan pengambilan alkohol
berlebihan.

Walaupun kurang digemari, peria mempunyai nilai perubatannya sendiri. Ia
mengandungi tonik bertindak sebagai julap & mampu meningkatkan selera
makan.

Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam ia ke dlm air garak sebelum
dimasak.

Khasiat minum air

 
MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.
Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.
Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.
Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.
Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.
Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.
Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.
Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.
Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Berapa banyak air yang kita perlukan?
Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.
Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.
Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.
Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.
Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.
Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.
Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.
Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.
Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:
Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
Sendi dan otot mengalami kekeringan
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
Meningkatkan keinginan untuk makan
Darah menjadi pekat
Mudah keliru.
Degupan jantung meningkat
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

Friday, February 12, 2010

Khasiat Kurma,Kismis & Madu

Sabda Rasulullah  s.a.w

"Berilah makan buah  kurma  kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya  wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal  dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,  bersopan santun  serta cerdas pemikirannya."

Kebaikan  Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin adalah amat baik sekali jika  puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini  akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit  bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa  melahirkan  nabi Isa a.s.Buah kurma tidak mengandungi gula  yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah  s.a.w.
Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan  jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana  ianya mengandungi banyak khasiat.

1)  KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Rumah yang tidak  ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".

"Berilah  makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan,  sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih  hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Buah kurma adalah salah> satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan  pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Orang  yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari  itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak  diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s.   bersabda:
"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka  cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari  sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa  penyakit kecuali kematian".

"Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat  menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning),  menghilangkan  lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan  saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali  a.s. bersabda:
"Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia  tidak akan  melihat pada jasadnya suatu yang tidak  disenangi".

"Kismis  dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit,  menghilangkan  panas dan memulihkan kesehatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan
menyehatkan  jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad  SAW bersabda:
"Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat  melakukan nasehat Al-Qur'an,
maka Allah SWT akan menyembuhkannya  dari 77 penyakit".

"Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia  meminum madu".

"Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat  mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam  dada".

"Allah SWt telah  meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai  obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70  Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda:
"Madu  adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya,  ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Rasul saw  sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau  bersabda:
"Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu  meminum madu dan membaca Al-Quran".

Nuffnang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Anakku...

CafeMom TickersCafeMom Tickers